Tuesday, October 13, 2009

Aktiviti Senggang...


Wayang Bermula...

Saya mohon maaf sebab lama tidak mengemaskini laman layar hidup saya ini. Kesibukan kerja dan terpaksa merantau ke beberapa destinasi atas tuntutan kerja. Saya tak pernah lupa tentang jendela saya ini. Agak "berhabuk", jadi hari ini, saya melakukan sedikit pembersihan lah di laman jendeladevonshire ini.

Hmmm... Hajat tidak kesampaian, well, that's life! Hidup ini mesti diteruskan! Teringat lagu mendiang Broery Marantika, "Layu Sebelum Berkembang". Sedap lagu tu...

Minggu ini saya agak sibuk, mungkin akan berangkat ke luar negara atas urusan rasmi, sambil-sambil melancong. Hahaha... Lepas itu, sibuk dengan persiapan pertandingan nyanyian pada 6 November 2009. Menyanyi? Hahaha... Tak lah sesedap mendiang Broery, jauh panggang dari api!! Sekadar menghibur hati dan syok sendiri kata orang!

Tema tahun ini, "Down Memory Lane". Jadi, lagu-lagunya pun dari zaman 50an - lewat 70an. Saya ni, umur sudah 29 tahun (cepat juga masa berlalu rupanya), tapi dari umur belasan tahun memang meminati lagu-lagu zaman-zaman tersebut! Malar hijau @ Evergreen! Jadi untuk pertandingan kali ini, saya akan bawa dua buah lagu, "Always On My Mind" dan "Layu Sebelum Berkembang". Lagu yang kedua tu, mungkin saya akan tukar, tapi lagu Inggeris tu, lagu cari makanlah, rasanya! Hahahaha...

Ya, selain menyanyi, saya juga minat bersukan. Dulu aktiflah, tapi satu saja sukan yang saya betul-betul minat, BOLA TAMPAR. Dari 1991 hingga sekarang saya amat meminati sukan tersebut.

Anyway, selain menyanyi, bermain bola tampar, saya juga suka melukis (bolehlah sikit-sikit) dan memasak. Semua itu aktiviti senggang saya lah, tapi above all, memang minat saya untuk menulis...

Well, nak cakap apa lagi ya? Nantilah, tukang karut buntu seketika ni. Saya akan kembali dalam masa terdekat...

Mohon permisi...

Thursday, October 1, 2009

Tak Kesampaian...


Kesempatan...

Hari ini (2 Oktober 2009), semua ahli jawatankuasa Rumah Terbuka Hari Raya sibuk di dewan untuk memastikan agar semua persiapan terakhir untuk majlis pada petang ini berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan ya! Saya pula di meja kerja, biasalah, tukang karut seperti saya hanya akan memulakan tugasnya pada petang ini. Jadi, kononnya berdiam diri sahaja untuk menyimpan suara ala-ala buluh lemang ini...

Hmmm... Apa pula cerita saya hari ini ya? Nanti malam ini saya sambung kembali Ceritera Segulung Ijazah... Nak kongsi satu kisah yang berlaku pada pagi tadi.

Orang kata, semua manusia di dunia ini ditakdirkan untuk hidup berpasangan. Ingin mencintai dan dicintai. Saya pasti, semua orang pernah dilanda badai asmara, begitu juga saya lah... Namun, pagi tadi saya dapat e-mail dan pesanan ringkas yang agak mengejutkan, tapi tidaklah sehingga membuat saya putus harapan untuk hidup... Karutlah semua itu...

12 tahun saya menjadi hamba cinta, diperbodohkan oleh omongan kosong seorang insan... Mungkin sebab "setia"? Ntahlah, mungkin saya dilahirkan untuk mencintai, tetapi tidak untuk dicintai... MAAF ya! Saya mula merapu, gangguan "emosi", katanya...

Well, the show must go on! Buat insan bernama wanita yang pernah singgah di dalam hati kecil ini, lebih dari satu dekad yang lalu, saya doakan agar perjalanan hidupmu akan lebih bahagia dan sukses di samping insan teristimewa. Buat insan teristimewa, hargai serta jagalah dia dengan sepenuh jiwa ragamu. Dia bak jantung yang memberi kehidupan, tanpa degupannya itu, tiada berertilah kehidupan ini.

Terima kasih atas kiriman e-kad yang diterima pagi tadi. Jika dipanjangkan umur dan diberi kesempatan, saya PASTI HADIR meraikan hari istimewa anda berdua! Itu janji saya! Apa lagi ya? Tak adalah nampaknya, nanti malam, selepas majlis selesai, saya sambung lagi...

Kasih Tak Sampai

Indah..
Terasa indah..

Bila kita terbuai dalam alunan cinta..
Sedapat mungkin terciptakan rasa..
Keinginan saling memiliki

Namun bila,
Itu semua dapat terwujud
Dalam satu ikatan cinta

Tak semudah seperti yang pernah terbayang..
Menyatukan perasaan....

Tetaplah menjadi bintang dilangit
Agar cinta kita akan abadi
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini,
Agar menjadi saksi cinta kita
Berdua...
Berdua..

Sudah..
Lambat sudah...
Kini semua harus berakhir
Mungkin inilah jalan yang terbaik
Dan kita mesti relakan kenyataan ini

Menjadi saksi kita berdua

(Padi)

Sampai ketemu lagi di bab yang selanjutnya...

Sunday, September 27, 2009

Ceritera Segulung Ijazah...


Menapak Lebih Jauh...

Aduh... Saya minta maaf sebab lambat mengutus khabar di taman tema hidup saya ini. Kesibukan menguruskan Rumah Terbuka Hari Raya Jabatan yang bakal diadakan esok (2 Oktober 2009), membataskan sedikit masa saya untuk melakar kisah hidup saya seterusnya.

Hmmm... Di mana perhentian saya yang terdahulu ya? Oh ya, kisah hidup selepas keputusan peperiksaan STPM diumumkan. Keputusan STPM saya sungguh tak disangka, ada juga huruf-huruf A menghiasi sijil keputusan STPM saya. Hahaha... Lucu, sebab saya ini tidaklah menaruh harapan yang tinggi. Yang saya pasti, saya telah mencuba yang terbaik (klise kan ayat ni?) Yes, saya ni sebenarnya bercita-cita menjadi seorang peguam, entah? Layak kah saya ini? Saya ini sebenarnya seorang yang amat pemalu! Betul, saya tak menipu! Kalau dilihat dari susuk fizikal, ketinggian saya 5 kaki 9 inci! Nah... Tapi perasaan malunya, ya ampun!

Namun, setiap kali saya berdiri di pentas, sama ada untuk menjadi pengacara majlis (tugas yang saya pikul sehinggalah ke detik ini, termasuklah Rumah Terbuka pada 2 Oktober 2009 ini!), bersyair, bersajak, berdebat (selalunya saya berdebat dalam Bahasa Inggeris), bercerita (zaman sekolah rendah) dan yang sewaktu dengannya, saya menjadi lebih LIGAT!

Saya merasakan bukan diri saya yang berdiri di atas pentas itu! Seolah-olah saya mengalami word diarrhoea! Apa yang ingin saya ucapkan, lafazkan, lakukan, semuanya mengalir seperti sungai yang deras ketika musim tengkujuh! Saya berubah menjadi individu yang ibaratnya, kalau roh saya boleh keluar dari badan dan melihat diri sendiri di pentas, roh saya akan berkata...

"Siapa yang berada di atas pentas itu?"sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal.

Kalau Beyonce boleh menjadi "Sasha Fierce" di atas pentas, kenapa saya tak boleh jadi mmmm... siapa, jadi diri sendirilah! Lagi senang kan?

Owh, melencong jauh sudah saya dari tema bab saya pada kali ini! Fokus Devon, fokus!

Atuk kata, tak elok jadi peguam, dan dia tak izinkan saya jadi peguam. Baiklah, saya pun menurut aja. Saya ini sebenarnya nak kata baik, tak adalah baik sangat, nakal ya! Nakal dalam dunia saya sendiri. Saya tak ramai kawan, ya mungkin kerana diri ini sering berpindah-randah, jadi, tak ada kawan yang kekal lama.

Tak boleh jadi peguam tak apalah, kemudian saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Saya nak jadi Guru Bahasa Inggeris. Hmmm, mungkin orang lain mempunyai kelebihan dalam subjek Matematik, Sejarah, Lukisan dan apa-apa subjek lainlah di sekolah! Bagi saya, Bahasa Inggeris merupakan subjek yang amat saya minati! Saya seronok bila subjek Bahasa Inggeris berlangsung di sekolah.

Orang jadi sahabat saya sebab saya boleh berbahasa Inggeris dengan baik! Mana tidaknya, sekejap-sekejap saya dicuit oleh rakan sekelas untuk menanyakan tentang perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris! Bukan masuk bakul, angkat sendiri ya! Sehingga hari ini saya hairan, macam mana boleh kita masuk bakul dan kemudian mengangkat diri sendiri??

Hai... Tidak mengapalah, janji bahagia! Terus-terang saya katakan, saya tidak pernah membuat persiapan setiap kali ujian Bahasa Inggeris bakal berlangsung... Bukan angkuh dan cuba memartabatkan bahasa penjajah, tapi itulah hakikatnya! Saya percaya, walau rupaku buruk, tapi, adalah kelebihan sikit-sikit! Jadi, saya tetapkan dalam hati, yang saya akan menjadi seorang guru Bahasa Inggeris! Ala-ala Mr. Jeremy Brown, dalam siri televisyen Mind Your Language! Hahaha... Saya amat meminati siri itu, walaupun semasa ditayangkan di peti televisyen, umur saya pada ketika itu masih 7 atau 8 tahun!

Namun, lain pula jadinya ketika mengisi borang UPU selepas keputusan STPM diumumkan. Kami diberi lima (5) pilihan pada masa itu, jadi pilihan Pertama saya adalah... Kursus Komunikasi Massa, pengkhususan dalam bidang Kewartawanan. Mmm... Kenapa ya? Saya pun tak tahu mengapa hati ini tergerak untuk memilih bidang itu sebagai jurusan pilihan pertama. Pilihan Kedua hingga Kelima pula, Teaching English as a Second Language (TESL).


Saya percaya pada ketentuan Takdir dan mungkin ditakdirkan bahawa saya bukan dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik! Nah, saya menerima surat tawaran daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), untuk mengikuti kursus Komunikasi Massa dan bermulalah ceritera hidup saya sebagai seorang mahasiswa di UNIMAS.


Tiga tahun hidup saya bergelumang dengan rakan-rakan sebaya, malah ada yang lebih muda dan berusia daripada saya. Namun, semua itu tidak menjadi penghalang bagi kami semua bekerjasama dan mengejar cita-cita yang sama, yakni menggengam segulung ijazah yang, diharapkan dapat mengubah masa depan kami.


Kehidupan di kampus ada pasang surutnya. Namun, pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila terpaksa bangkit seawal jam 5:00 pagi (bukan tidak biasa ya), untuk mengejar satu-satunya bas yang akan membawa saya ke kampus setiap hari. Kalau ketinggalan, alamatnya, tidak sempatlah saya mengikuti kelas yang diadakan pada sebelah pagi. Ada kalanya, kalau kelas berlarutan sehingga ke malam, saya terpaksa menumpang bilik tidur rakan-rakan di asrama. Walaupun terpaksa tidur beralaskan kain tuala di lantai simen, saya bersyukur kerana dapat berehat setelah seharian menghadiri kuliah-kuliah serta aktiviti senggang.


Semua itu menjadi kenangan terindah dalam jurnal hidup ini. Terima kasih para pensyarahku, rakan-rakan seperjuanganku dan kakitangan UNIMAS yang sedikit-sebanyak membantu mencorak kehidupanku! Tanpa kalian, siapalah aku? Insan kerdil yang kemewahan kehidupannya hanyalah ilmu yang tidak seberapa di dada. Namun, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada!


Dr Jeniri Amir, salah seorang pensyarah kegemaran saya, kerana kebanyakan masa saya dihabiskan di kelas beliau! Dr Jeniri, terima kasih kerana membuka mata serta minda saya dengan ilmu, anekdot-anekdot serta cerita-cerita yang tidak pernah membuat saya untuk berhenti berfikir! Tuan adalah inspirasi saya, walau tidak pernah terucap, tapi hati ini berkata, tuan lah yang terbaik antara yang terbaik! Ucapan terima kasih rasanya tidak cukup untuk membalas budi tuan!


Hmmm... Banyak lagi kisah-kisah kehidupan saya di kampus. Biarlah semua itu saya kupaskan satu-persatu di bab-bab yang mendatang.


Haih... Tiba-tiba pada saat sedang enak menaip di dada blog ini, perasaan rindu dan kesunyian mencengkam jiwa saya ini! Rindu pada kampung halaman saya nun yang jauh di Kuching, Sarawak. Rindu pada teman-teman lama, rindu pada rumah keluargaku, tapi yang paling saya rindui, adalah atuk saya! Atuk, saya amat merindui atuk... Nantikan kepulangan saya ya?


Bisikku pada bulan,

Kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku...

Tanpa dia, malam menemaniku,

Sepi memelukku...


Bulan,

Jangan biar siang...

Biar alam ini kelam,

Biar ia sepi, seperti diriku


Ceritera Segulung Ijazah akan bersambung...

Thursday, September 24, 2009

Cerita Ini Baru Bermula


Langkah Pertama...

Hidup ini umpama satu pementasan yang tiada penghujungnya. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita perlu melakonkan watak-watak klise yang dituntut oleh masyarakat di sekeliling kita. Gerak-geri kita diperhatikan dan dinilai, sehingga adakalanya kita rimas untuk hidup, bernafas dan menjadi diri-sendiri! Persoalannya, adakah dengan menjadi diri sendiri, kita akan dilabelkan sebagai hipokrit? Tidakkah kita hipokrit kepada diri sendiri kerana menidakkan apa yang ada pada diri kita sendiri?

Topeng-topeng emosi menjadi mainan kita setiap hari. Saya mengakui, topeng-topeng di wajah saya bersilih ganti pada setiap masa. Topeng-topeng ini akan saya selang-selikan dengan kerdipan mata, pergerakan jari-jemari dan apa jua aksesori pancaindera yang dianugerahkan kepada saya.

Namun, akan tiba masanya, saya percaya bahawa saya sudah tidak memerlukan topeng-topeng ini lagi. Satu hari nanti, pementasan ini akan tetap melabuhkan tirainya! Pada hari terakhir pementasan itu nanti, saya akan pastikan topeng-topeng ini akan berkubur jua bersama saya.

Langkah Kedua...

Tangisan pertama saya memecah kesunyian kamar bersalin Hospital Umum Kuching, Sarawak pada tanggal 19 Ogos 1980. Itulah pertama kalinya saya melihat cahaya yang terang dan menghirup udara di luar rahim mummy! Hey mummy, wherever you are, just know that I miss you so much! Terima kasih kerana membawakan saya selama sembilan bulan dan sembilan hari! I know you suffered a lot because of me... Thanks mummy!

Saat aku belum bersedia untuk menghadapi satu kehilangan,
Dia melangkah pergi

Pemergian yang tidak akan kembali
Rindu ini akan sentiasa bertaut di sanubari

Peluk ciummu hanya cebisan memori
Hati
Tabahlah menghadapi hari-hari yang mendatang
Kerana satu hari nanti
Kita pasti bertemu di pintu syurga


Daddy... I'm sorry that we never had a dad-son moment together! I wish I could, but we never had the chance to do so! Terima kasih kerana memberikan nama Devonshire kepada saya. Walaupun nama itu diangkat dari nama pemain bola sepak West Ham United era 70an, 80an & 90an, kini Pengurus Hampton & Richmond Borough. Haha... Aku ketawa sendirian, kerana sehingga hari ini, bola sepak bukan "makananku". Aku kaki bangku... Aku juga bukan lelaki Eropah, walaupun namaku merupakan nama mukim di England! Mataku bundar, kulitku gelap, hidungku pesek... But daddy, the name that you gave me, made me stand out from others. People keep on guessing... Where are you from? Who gave you the name? For that, I'm thankful dad!

Penantian dan jemu
Buat seorang perindu seperti diriku
Istilah penantian dan jemu tidak wujud di kamus hidup ini
Hati ini tidak pernah jemu menanti
Aku percaya penantian itu hanyalah waktu



Langkah ketiga...

Hidup saya seperti seorang nomad. Ya, masa kecil saya penuh dengan suka-duka! Saya pasti semua pernah mengalami saat-saat suka-duka itu. What's new ya? Bagi saya, kehidupan sebagai nomad moden ini amat memenatkan. Saya tidak akan duduk lama di satu-satu tempat, dan jika dikirakan dengan jari tangan, hmmm... setiap dua jari (bersamaan dengan dua tahun ya) saya akan berpindah. Meninggalkan kawan-kawan, sekolah dan semua benda yang saya mula sayangi. Bertukar dari satu sekolah ke satu sekolah, bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan!!

"Perkenalkan diri kamu kepada kawan-kawan yang lain," kata guru saya.

Dialog itu lagi? Bosanlah... Saya terpaksa bermula dari bawah, mencari kawan-kawan baru yang sekepala, kononnya... Zaman kanak-kanak saya... huh... entah lah?

Namun, pada 1991, saya buat kesekian kalinya, entah dah berapa kali bertukar sekolah?? I've lost count... Sekolah Rendah Bantuan Saint Joseph, Kuching, Sarawak menjadi medan perjuangan baru saya. Yes... Yes... Sekali lagi kena memperkenalkan diri kepada semua!! Hey, I think I'm going to love this school, semua orang di sekeliling saya berkata yang saya bertuah dapat menuntut di Saint Joseph!

Well, I believe they are right and I'm loving my Alma Mater! Tahun 1991 hingga 1999, Saint Joseph's Primary and Secondary School was my playground! Di situ saya menemui CINTA! Cinta saya pada bidang pementasan drama, nyanyian, deklamasi sajak, syair, tarian... I've fallen in LOVE with the performing arts!

Oh ya, saya ulat buku, sehinggalah saat ini! Mulanya berjinak-jinak dengan majalah Dewan Pelajar, Dewan Sastera, kemudian beralih kepada karya-karya Enid Blyton (The Famous 5), Franklin W. Dixon (The Hardy Boys) & Carolyn Keene (Nancy Drew), just to name a few... Namun, pada usia 11 tahun, saya berkunjung ke Perpustakaan KMC (pada masa saya, kami gelar perpustakaan tu KMC saja), saya berasa amat seronok dikelilingi buku-buku yang tidak pernah saya temui! Di sanalah saya bertemu dengan CINTA saya yang seterusnya, Shakespeare! I got hooked with karya-karya Shakespeare di usia 11 tahun. Walaupun saya tidak faham semua yang disampaikan, sedikit-sedikit saya mula memahami maksud-maksud tersirat di sebalik karya beliau! Oh ya, saya mempunyai hobi yang pelik, sebab saya suka membaca kamus! Sehingga hari ini, saya amat teruja untuk membeli kamus-kamus baru di pasaran! Hahaha...

Di sana saya juga "bertemu" dengan tokoh-tokoh prolifik dunia penulisan negara. Tongkat Warrant, Keris Mas, A. Samad Said, Arena Wati dan ramai lagi!! Terima kasih kerana hadir dan memberi inspirasi!

Universiti oh universiti... Yang itu kenalah tunggu...

Maaf, sebab blog Cerita Ini Baru Bermula yang terdahulu terpaksa saya ketepikan atas kesilapan teknikal. Saya hanya manusia biasa, khilaf sering berlaku pada masa yang tidak disangka. Jadi ini satu permulaan yang baru...

Kita jumpa di bab yang seterusnya...